21 July 2010

Kesian budak ni...

Siang tadi aku masuk ke kelas seperti biasa. Tiba-tiba aku tengok muka salah seorang anak murid aku yang paling nakal di abad ini ada kesan macam comot-comot hitam. Maksud aku, comot yang kalau basuh pun takkan hilang punya... pasal kesan tu macam kena sumthing. Bukan comot sebab makan coklat ke apa.

Aku pun tanya la budak tu...

Aku : Adam, kenapa muka kamu tu?

Adam : Saya bergaduh dengan kakak saya cikgu. (kakak dia tahun 5, Adam tahun 4)

Aku : Kamu gaduh sebab apa?

Adam : Ntah la cikgu. Dia dah ada adik baru, adik kandung sendiri pun dia lupa. Sampai tak mengaku saya adik dia.

Aku : Dia cakap macam mana?

Adam : Kakak saya kata 'kau bukan adik aku' lepas tu saya pun cakap 'aku pun bukan adik kau'

Aku : Haihh. Kesian cikgu tengok kamu ni. Akak dengan adik-adik tiri baik tak?

Adam : Baik. Kadang-kadang dia marah jugak.

Aku : Mak tiri baik ke?

Adam : Baik jugak tapi kadang-kadang kalau saya nakal kena pukul jugak.

Aku : Dah. Pergi duduk. (termenung sambil membayangkan kehidupan budak sorang ni)


* Adam (bukan nama sebenar) murid aku yang paling terkenal dengan kenakalan dan ke'murai'an mulutnya. Semua cikgu-cikgu tau 'kehebatan' budak ni. Serious, kau takkan dapat tengok dia diam tanpa sepatah kata dalam masa beberapa saat. Takkan. Becok nak mamposs. Tapi dia agak bijak walaupun tergolong dalam murid-murid yang lemah. Mak ayah dia dah bercerai. Sekarang dia tinggal dengan mak tiri. Mak kandung ada di KL. Ayah pulak berniaga. Jarang-jarang balik rumah. Adam pun tak tahu ayah dia berniaga apa. Kat sekolah adik tiri Adam sebaya dengan dia, satu kelas pulak tu. Awalnya aku fikir budak-budak ni kembar, rupa-rupanya saudara sebapa. Kesiannnn, kecik-kecik lagi mak ayah dah bercerai-berai. Anak-anak jugak jadi mangsa. Budak yang berpotensi tapi kurang kasih sayang ibu bapa macam ni perlu ada kekuatan dalam diri dia sendiri.. Moga dia tabah mengharungi hidup.~



* tak dapat attend wedding sis iza iziana. haihh.

11 comments:

Fathiyah said...

kesiannya... biasanya bdk2 yg mak ayah bercerai ni mmg byk prob kan. kesian....

lemonade said...

kak fathiyah: btul tu kak. jd mcm x terurus pn ada sy tengok.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xdapat datang???
aku pon xnak g la mcm nieh...
;)

lemonade said...

meniti senja: ha'ah wei. aku ada majlis persaraan guru besar masa hari tu nanti.

angah iza said...

kesian nye kat 'adam' tu ...
da la kurang kasih syg mak kandung,nak dpt kasih syg ayah yg bela dia pon susah.
asyik x de kat umh....
simpati kat adam..

lemonade said...

sis iza: tu la. patut pun jadi nakal pelik macam tu. tapi mujur dia cerdik la jugak

Fara said...

budak nakal & becok ni slalu nye bijak.
hopefully adam akan berjaya dlm idop die.

:)

lemonade said...

farah: moga-moga macam tu lah. =)

CinTa Lea IxoRa said...

owh sedihnye.. xleh tgk la bdk2 cmtu.. xth la kalo lea jd cikgu.. lea mudah kesian jgk kt org.. hm.. semoga bdk tu tabah =)

lemonade said...

lea: mmg sdh tgok anak murid mcm tu. dh la bila dia bercakap pun dgn penuh emosi. boleh bc dr riak wajah dia. kesian.

-fizA- said...

im speechless. KESIAN!

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates