Assalamualaikum semua!
Aku juz nak share dengan korang 10 pesanan daripada adik aku sebelum aku berkahwin. Actually pesanan + luahan rasa dia sebenarnya. Bukanlah pesanan sepenuhnya. Aku copy paste daripada blog dia. Sorry! Aku tak letak link blog dia di sini. Dia low profile sama macam aku. Bukan menulis blog untuk mencari populariti tapi untuk berkongsi tentang kehidupan. Ni lah, apa yang aku copy paste daripada blog dia. Sikit pun aku tak edit termasuk font color yang dia guna. Tersentuh jugak hati bila membacanya. Nanti bila-bila free aku reply balik ok. Teruskan bacaan...
Tiba-tiba  jek teringin nak tulis entry ni untuk Kau sebelum Kau masuk ke alam  yang lebih mencabar nanti. Aku tahu berlangsungnya lambat lagi, tapi  takpelah at least Kau tahu aku sayang KAU! =) 
Aku  tahu sekarang Kau sedang sibuk menguruskan perihal masa depan Kau  bersama incik Tunang..ehem2..=p  Dah tak lama dah kan, Kau tinggal  dengan kami dan seterusnya Kau akan menjadi milik beliau sepenuhnya.  Tinggallah den sowang2 ni haa...
                                        **********************************************************************************
1.    Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner tido sebilik ngan aku.. Ha naseb baek kak na ade! hihi
2.   Nanti  kau dah kahwin,  dah takde orang dah aku nk teman pegi toilet  malam2,gosok gigi sesame..kau kat bilik air aku kat  toilet..err...haha..sebab nanti kalau aku gosok gigi kat bilik air jugak  mesti kau marah aku sbb air merecik kat kaki kau..hahaha...gile cerewet  lah kau nih..
3.   Nanti kau dah kahwin, jangan lah tak bawak aku ngan kak na pegi Lu Miao, Tunas Manje, kedai gunting rambut dan juga ni paling penting ok! umah Kak Nah!  hehe nanti aku takde baju baru nak pakai pegi kelas.. Tak semangatlah  aku nk belajar nanti.. =) (ini penyakit keturunan, kau pon same kan? kan?)
4.    Nanti kau dah kahwin, gosip tetap bergosip ok!hehe org kate jangan simpan dalam hati kan..so baik kau cerita kat aku.. =)
5.    Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner shopping aku bila YES ada!huh yg nih aku bosan! sebab kalau shopping aku serasi bersama kau jek.. (ahahaha yang ni ayat nk ambik ati jerr!)
6.   Okeh! ni part sedey sket..sila pastikan ada tisu di tangan..
        Nanti  kau dah kahwin, kalau aku masuk wad agak-agak kau teman aku lagi  tak? hehe temanlah! temanlah! pape pon aku nk bertime kaseh kat kau sebab  teman aku sepanjang aku berada di wad dulu! kau mmg nurse terbaek penah  aku jumpa walaupun kau ni penggeli tahap babun! *wink2
7.    Erm... Nanti  kau dah kahwin, agak-agak tabiat berphotoshoot tu boleh lg tak  ek..bakal abang ipar,boleh la ek? hihi sebab nanti aku taknak lah posing  sorang-sorang, glamor sorang-sorang..kau pon mesti nak kan? hahahah 
8. Ha yg nih arahan..hihi
         Nanti kau dah kahwin, dah ada duet sendiri, rajin-rajinlah sedekah kat  aku ni plak..asyik aku jek belanja kau..huhu Tapi kalau kau tak sedekah  kat aku pon takpe yg penting kau sedekah kat orang yg lg penting pd  aku..kat mak ayah (ini wajib,berdosa tak bg!), kat kakna (pon  wajib), kat adik beradik (kalau rase nk bg) =p,.. kalau ada rezeki lebih  bagilah kat umah anak-anak yatim yg ada kat Tanjung Gemok  tu....(insya-ALLAH berkat hidup kau nanti).
9.    Ok!  Bila kau dah kahwin, belajar2 lah masak ye,aku yg merangkap assistant  kau nih dah takde nak menolong kau kalau kau duduk umah mak mertua kau  nanti..hihi aku tahu lama-lama nanti mesti kau pandai jugak! (macam aku  jgk lah kan? hik3) eh jangan masak udang goreng tepung  jek hari2 ek.. =p
10. Bila kau dah kahwin nanti yang penting jangan lupa Allah, jangan lupa kami semua mak, ayah, kakna, along, a.man, kakak, awisy, kakngah, a.zahar, kimi, syasya, wal, kak izah, rayyan, dan paling penting jangan lupa aku..(haha bajet mcm penting sgt jek kan!) ingat sampai mati okeh beb!
Itu sahaja! Bukannye apa,nanti tinggallah aku sorang2..huhuk Nak cakap aku sayang kau sebagai kakak aku! hihi  (nk ckp depan2 malu) hehe Bukanlah aku tak sayang kakak-kakak yang lain  tuh.. Tapi dengan kau lah aku paling rapat kan? Dah macam kembar orang  cakap (aku tak ckp).. OK! jaga diri kau selepas bertukar status nanti ye.. LEBIU SIS~ELIS AFIA BINTI OSMAN! ='(
Sekian. (=_=)" 



16 comments:
status bakal berubah...
meniti senja: insyaAllah...
waa...adik yg baik..kalaulah sy punya seorng adik yg mcm nie..huhu....*sedih
kopisusu: adik kamu pn baik jugakkk..
wahhh sweetnye!
terharu bace ^^
byknye pesanan! hehe.
yg g teman g toilet tu slalu wat ngan adek gak.
weeeeeeeeeee ^^
anamizu: terharu jugakk. =)
fara: pompuan kannn... mmglah penakot. haha
...transformasi ....klaka gak pesanan tuh...hehe
arboqskii: ha'ah ada yg boleh buat i gelak jugak. hahaha
huuu terharu! nampak sangat anda bedua very close :)
wani: yup! agak close. hee
suka la baca sambil dgr lagu ni ehehehe
aira: thanx! lagu ni mmg best
wargh..adik yang sayang kat akak die...sebak jugak bace..;)..btw hope ur wedding berjalan dgn pe yang dirancang..;)
so sweet dear =)
Post a Comment