Segitiga  Bermuda yang penuh MISTERI hingga kini.
  
     Double click kalau nak baca ni.
Zaman umat Muhammad ada lima fasa. Kita  sekarang di fasa ke-4. Kerana Fasa 1 adalah pemerintahan Nabi Muhammad, Fasa ke-2 adalah pemerintahan khulafa arasyidin, Fasa ke-3 adalah pemerintahan  khalifah yang mengamalkan monarki. Fasa ke-4 adalah pemerintahan yang  kejam dan sombong (sekarang). Fasa ke-5 adalah pemerintahan yang berunsurkan kenabian. Selepas itu, sejarah manusia sudah tamat.
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa  tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang  dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan  dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita  pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda  kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya  menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.
Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai  versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi  kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal  adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa  dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan  jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah  manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan  jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan  yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal?  Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan?  Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk  mengelakkannya?
Memang benar dajal  tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam  hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang  dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat.  Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan  salah faham masyarakat tentangnya.
Menurut  pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian  Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak  hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk  mengelakkan fitnah dajal.
Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya  dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak  (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya  Tuhan kamu tidak rosak matanya.
Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan  Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi  peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.
Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup  sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana  matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.
“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh  dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak.  Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.
“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh  Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula  untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.
Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal  ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta  mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan  syurganya pula adalah neraka.”
KEISTIMEWAAN DAJAL
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan  manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam  hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang  mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:
Pertama,  ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya  untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai  syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai  neraka sebenarnya adalah syurga.
Kedua,  dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan  tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika  penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali  subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang  penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam  kebuluran dan kesusahan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”
Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”
Ketiga,  boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan  kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim  menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan  perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya  adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.
Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya  menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda,  hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal.  Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu  dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu  dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.
BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut  Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia  telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam  hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang  Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin  pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan  kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.
Tamin telah  berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul  rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor  binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor  dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari  berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.
Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.
Lalu  Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia  yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada  manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat  ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.
Tamim: Siapakah kamu?
Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?
Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.
Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.
Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?
Tamim: Ya.
Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?
Tamim: Airnya banyak lagi.
Dajal:  Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku  tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh  penduduk untuk bertani.
Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.
Dajal:  Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab  yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah.  Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?
Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.
Dajal:  Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan  mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal  sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk  keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di  dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu  dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh  malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.
DAJAL TINGGAL DI MANA?
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah  bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah  Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.
Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana  dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang  perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad  s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.
Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.
Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak  akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak  mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut  dajal.
“Menerusi penyelidikan yang dilakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di  sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah  semakin berkurangan.
Adakah itu bermakna  dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah  persediaan kita untuk menghadapinya?
Jelas  Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk  mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah  menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.
Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya  Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur,  ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”
Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di  Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di  dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi  Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan  dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula  cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”
(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)
** Semoga kalian juga sedar dan muhasabah diri yang kita kini telah berada di dunia akhir zaman fasa ke 4. 
 


22 comments:
muhasabah diri kita =)
einz: harapnya camtulah.
dunia semakin hampir hancurnye...
meniti senja: moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita.
sangat-sangat berguna untuk kita manusia yg semakin alpe dan leka.t.kasih utk info yg hebat ni.wallahualam.
ynadona: sekadar saling ingat mengingati. =)
prnh dgr psl nie. kdg2 rase betol jugak.
btw lawa header, i lykeee :)
mastura: dajjal, yakjuj dan makjuj mmg antara petanda akhir sblum berlakunya kiamat.
header? thanx!
HI...tq 4 d info..anis copy link ni kt fb ye..harap anda jgn marah.. :D
anis: ni pn drpd FB. cuma tmbah2 skit dr sumber lain.
GOOD SHARING
lampu neon: sharing is caring ryte? :)
thank you for info.. insaf..
wani: thanx!
kakuttt..huuu
salam...good info..minta izin copy paste kat blog ye...hehhe
salam..
minta izin copy paste mana2 info yang datangnya dari hasil penulisan kamu.
....... : ambillah andai mmg bermanfaat utk disebarkan.
mintak copy ya tok wat presentation...ingin berkongsi gn member2 kelas
terima kasih atas info yg berguna ini...
tasik thabariah =tasik kinneret=sea of galilee
link untuk check paras air tasik diatas yg dimaksudkan update paras air 7/7/2011 http://savethekinneret.com/
sememangnya tasik ini hmpir kering
terima kasih kerana memberi info .. saya share kt ea ?
Post a Comment