08 December 2008

Aku Kini Tunangan Orang...

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…

Mjalis pertunangan aku berjalan lancar semalam. i've been booked! Thanx 2 al my beloved fren yang sudi datang dalam majlis yang menjadi satu momen penting untuk diingati dalam hidup aku. Thanx a lot 2 sue yang sanggup balik daru KL semata-mata nak datang tengok aku, thanx 2 murni teman yang sering mengkhabarkan hot story pada aku, thanx 2 marz yang sanggup balik daripada JB, thanx 2 shida merangkap teman aku yang palingggg rendah, thanx 2 citah n faizah yang sudi datang dengan mak mereka…thanx 2 fairuz teman aku since primary skul n nazir yang baru balik sehari b4 majlis aku berlangsung. Thanx 4 coming. n thanx 2 al my fren yg wish sempena pertunangan aku.

A million thanx 2 kawan2 mak yang datang rewang, thanx 2 team berzanji yang hadir utk majlis darwisy, thanx to al my relatives yang datang, thanx 2 al VIP yang sudi hadir..Datuk Fuad’s wife (aku x tau ape nm dia), Datuk Lias (my uncle merangkap abg mak aku) n his wife Datin Norhayat, Dato' Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang nak datang tp terpaksa berpatah balik coz heli dia ade problem, Yb Joe merangkap ADUN Rompin n his wife, n lain2 yang x brape aku prasan akan kehadiran mereka. Thanx a lot kerana memeriahkan majlis saya. Really appreciate it.

THANK YOU SO MUCH to my parents yang mengeluarkan belanja yang agak banyak seakan-akan majlis kawin kata kawan2 saya yang datang bagi menyempurnakan momen penting dalam hidup saya. Lastly, thanx to y'all yang ade sponser kek 4 da guest (xtau la sape)haha.

Since hari Jumaat dan semalam cuaca ok. Hari jumaat panas terik sampai petang, sabtu agak redup dan tenang. berkat doa agaknya. Hari ni dah start ujan smule. Hari jumaat yang lepas aku sangat busy dengan persiapan yang masih terbengkalai. Pagi tu cam biasa la kan, kemas umah n apa2 yang patut di kemas. Pastu tengah hari ckit aku p amik daun pandan kat blakang umah nak buat bunga rampai, then duk hadap ke daun pandan tuh ngan linda sampai krem tangan aku, tengah wat bunga rampai p tengok 2 eko kambing darwisy disembelih blakang umah jap. Cun giler kambing putih yang sekor tu. putih berseri. Haha pastu petang ckit kak gie datang pasang mini pelamin aku n renda pada kanopi. Patutnya 1hb dia datang kan tp sbb husband dia sakit, so kene tangguhkan la smpai jumaat. Mujur jugak jumaat tu dh ok ckit n dia datang pasang hari tu jgk. Kalo x…pelamin anganku musnah la jawanyee…kikikiki Pastu dah lewat petang ckit aku n beberapa orang kawan mak siapkan bunga telur darwisy..malam lak my relatives n me menyiapkan beberapa lagi cenderahati 4 guest.

Perjalanan majlis semalam…pagi tu sesudah subuh aku tolong kemas umah jap. Bentang karpet ngan along. Pastu bersiap2 menanti kehadiran kak gie. Dh agak lewat dia datang, terpaksa make up kan aku cepat2. Mujur x mcm badut jadi muka aku.haha tengah2 make up ni la kawan2 aku datang. Hehe pas dah siap seme aku dh bdebar giler tyme tu menunggu d panggil keluar. Warrggghhh sangat berpeluh tapak tangan aku yg bermasalah ni. pastu sempat la posing dulu dengan kawan2 n adik bradik sebelum sah menjadi tunangan orang kan.

Then, aku dibawa keluar oleh along ke menuju ke mini pelamin. Masa ni dah x berdebar ckit pun. Rasa cam artis pun ade tyme ni dengan pancaran flash camera dari banyak side. Ahahahaa..perasan! Aku pun steady je la kan duk berdepan ngan orang ramai. Hehe rasa cam best je ramai orang amik gambar aku. Haha pastu upacara menyarung cincin ke jariku yang cute ini. Alamak!! X muat!! my future mil said “eh, x muat pulak” aku dh nak suh tukar sarung jari belah kiri je tyme tu. tp aku cube menenangkan keadaan tyme tu.haha aku cakap “xpe..boleh masuk ni” hehe last2 boleh jugak masuk. Adoyaiii..malu jek kalo x leh masuk betul2 kan. Masa duk atas pelamin tu aku tengok ayah aku duk tenung je kat aku. Along pun prasan sbb along duk sebelah aku masa tu. Pas orang siap baca doa, ayah aku terus datang kat aku salam n cium. Situasi yang x dijangka ni. Sebak giler masa ni beb! dah bertakung air mata aku cuma x mengalir jer n aku tunduk agak lama takot orang nampak aku nanges. Tp x kisah la, kalo nmpak pun aku ckit pun xde rasa malu. Cuma takot terover teriak depan orang ramai je..hehe Mak pun sedih gak tyme ni. yela, ni 1st step nak melepaskan tanggungjawab mereka kan. Abah dia pun nangis jugak rupanye..hehe k.ngah yang cakap sbb dia nampak. Dia ade anak pompuan dia faham ar macam mana ayah aku rasa kan. E2 sbb la die pun sebak jugak masa tu.

Wang Hantaran?? Family aku n family dia dah sepakat xnak disebut pasal ni dalam majlis..orang2 cbuk bertanya brape ribu..jawapan family aku “lambat lagi…bia la dulu” padahal aku n dia je yang tau brape skrang ni..haha kalo aku cakap 20ribu ade yang cakap “bnyaknye…knp banyak sangat..macam artis la pulak kan..?” kalo cakap 2ribu karang ade yang cakap “ckitnye..knp ckit sangat…cam x mampu jer..?” haha itu la antara persepsi masyarakat kita yang cbuk je nak amik tau hal orang lain..nanti kamu akan tau jugak..sy blom nak kawin lagi lahhh…2 tahun lagi…masih punya masa untuk kamu berteka-teki..ahahahaaaa


Oppss…hantaran pertunangan 13 daripada pihak aku berbalas 11 daripada dia.. aku bagi sejadah, tafsir al-Quran, coklat, songket, baju melayu, bunga telur, sireh junjung, perfume, towel, bunga rampai, kek, buah dan sebentuk cincin suasa permata biru..dia lak bagi sejadah n telekung, sireh junjung, buah, kek, 2 pasang kain, pudding buah, coklat, perfume, towel dan sebentuk cincin…aku bertemakan gold n coklat n dia pepel mude. Hantaran kawin nanti perlulah lebih daripada ini. Biasanye camtu lah kan.

Esok hari raya haji..salam aidiladha untuk semua umat islam seantero dunia. Semoga bertambah keberkatan dan keredhaan dalam hidup. Tp kan aku x rasa pun cam nak raya..letih smalam tak hilang lagi..umah pun x habis kemas lagi. Kat halaman umah aku ni banyak lagi sampah (tisu2) yang di buang merata-rata oleh orang2 yang tiada kesedaran sivik! Haha amik kau! Tp xpe, hari raya tetap dirai even letih skali pun. Sbb raya haji cuma setahun sekali, tambahan pulak masakan aku akan bertemu dengan hari raya korban yang akan datang..?? semuanya belum pasti…



Setakat ini saja rentetan peristiwa detik2 majlis pertunangan aku. Kalo rajin nanTi mau story lagi sbagai kenang-kenangan hidup aku. Chow!


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates