19 December 2008

JaLan-jaJaN.....

Kamis lepas aku ke Kuantan. Ingatkan nak turun sabtu ni tp tetibe jek abg aku ajak turun hari tu jugak. So, kitorang pun bersiap-siap la…ingatkan nak pegi bertiga je ngan adik aku pastu along pun nak ikut, so kitorang plan tido umah k.ngah semalaman. Dh sampai pekan mak call cakap nak follow gak. Kitorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi pertama, East Coast Mall (ECM). Janji ngan mak jumpe kat cni je. First tyme aku dtg ECM ni, sebelum ni nak pegi ada je halangan. ECM ni dikatakan shopping mall yang terbesar la setakat ni kat Pantai Timur. Lebih kurang cam Mid Valley la, tp aku rasa dia cam rendah ckit dari Mid. Keluasan dia lebih kurang cam Mid la..

hurm, sampai-sampai je along aku dah kebulur sebab x sempat lunch kat umah. Kitorang pun trus p cari tempat makan. Wahhh, ade Johnny gak cni wa cakap lu..haha rasanya sebelum ni Pahang xde Johnny lagi kalo x silap. Biasanya, aku n family suke makan2 kat Johnny kalo turun KL. Huiisshh, best giler…!! Tapi hari tu x makan kat situ, kitorang tibai pizza jek. Mule2 cam nak masuk kat Rasamas. Tapi mamat yang jaga kat depan tu cam lalok je aku tengok. Pastu trus ar blah makan kat pizza. Prut dah kenyang tp kelibat mak aku x nampak-nampak pun lagi. Kitorang pun ronda-ronda la dalam tu dulu. Sempat gak aku rembat selai t-shirt World Jungle. Ahahaaa

Tengok jam, dh lewat..dh kul 6 lebih. Kitorang pun turun nak balik. Nampak mak n ayah aku duk melepak ngan bakal besan dorang kat Big Apple sambil makan2+minum2 dengan senang hatinya.. aku join kejap pastu kitorang pun blah sebab malam ni k.ngah plak nak belanje makan. Ahaaa makan besar la mlm tuh. Sampai tak termakan sbb punya la banyak giler seafood dia order. Yang tak habes tu tapau bawak balik. Hehee

Esokkannya, kitorang ke SSF mak nak cari barang ehem2.. Pastu kitorang ke Kuantan Plaza. Alah, kat belakang SSF tu je..jalan kaki je pegi situ. Sempat ar aku sambar purse Gio Fiore satu kat sini. Then mak kata nak pegi ECM lagi sbb smalam dia x sempat nak jalan-jalan kat c2. So, 4 da 2nd tyme aku pegi ECM lagi lahh.. sebelum tu ajak abang aku pegi Malay Town dulu. Sebelah ECM tu jer.. Nak sangat aku tengok camne keadaan tempat ni sebab baru-baru ni ade kuar paper Sinar pasal Malay Town, China Town n India Town nih. Kesnya sebab peniaga kat cni kata tempat ni x de orang datang. Maksudnye, xde customer la kan. Sedangkan dorang kene bayar sewa rm4000 sebulan tp dalam seminggu tu cuma ada dalam 10 orang je yang lalu kat c2. So, dorang mintak la orang yang berkenaan adakan promotion pasal tempat baru dorang tuh. Mula2 sampai aku pk memang patut pun xde sape nak pegi tempat tu. haha aku pun seram masa mule2 datng tuh sebab baru ade 2 kedai je yang bukak yang lain bertutup rapat. Tengok dari luar memang orang tak kan tau kat dalam tuh ade booth. Patut pun orang x pegi. Booth pun x banyak mana lah. Boleh diibaratkan macam Indah khabar dari rupa je tempat ni. aku ingatkan tempat ni banyak sangat jualan sampai peniaga2 duk ngadu kat wartawan, rupa2nye kedai pun x bukak lagi. Yela, banginan ni baru je siap kan, peniaga2 pun blom masuk kedai dorang lagi. Yang ade cume beberape booth je. So, aku harap peniaga2 yang merasakan mereka sedang mengalami kerugian sekarang ni bersabar le bebanyak sebab aku rasa selagi kedai-kedai sekeliling booth dorang tu x bukak selagi tu la xde orang pegi tempat tu. seram siott..!!! Nanti bile dah banyak kedai yang bukak insyaAllah, majulah perniagaan korang hendaknya...hehee

Dah abes melawat Malay town pastu trus pegi ECM pasal mak call ajak makan. Makan kat Laksa Shack. Kat sini macam2 jenis laksa ada. Laksa Sarawak pun ada kat cni. Aku makan curry laksa. Sedap nak mati..!!! then, merayau-rayau mencari apa2 yang berkenan di hati…dapat ar rembat beg comey kat MISS T satu dengan kasut Sembonia sepasang. Heheee

Sebelum balik lepak kat big apple lagi...mak aku sangat fanatic dengan coffee. suke sangat!! Pastu balik la…dalam kul 6 lebih sampai umah..

Esok 20hb Disember…Hari Bersejarah buat artis yang terhangat di pasaran sekarang.. sape lagi kalo bukan MAWI..!! Selamat Pengantin Baru buat Mawi & Ekin yang akan menempuh alam rumah tangga setelah akad dimeterai. Cheeewwaaahhhh ayat..hahaa Semoga perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat dan semoga kalian mendapat keberkatan dan keredhaan dalam hidup…even aku tau korang x baca pun blog aku nih. Blog aku hanya sekadar untuk aku menulis apa yang aku suka. Aku sekadar mendoakan kebahagiaan orang lain..


>>> Apabila kebaikan tidak dihargai dikhuatiri timbul perasaan benci di hati….


Chow

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates