Dua minggu lagi kita akan sambut Aidiladha... Hari di mana umat Islam berkumpul di Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam Kelima bagi yang berkemampuan. Kali ni aku nak cite kisah aku ketika berada di Tanah Suci. Dengan izin Allah, aku telah menjejaki Tanah Suci pada usia 19 tahun pd tahun 2005 untuk menunaikan umrah. Dah empat tahun berlalu. Muke pon sengal lagi waktu tu. (*_*) Tapi x kesah lah, ini kenangan yg sangat berharga untuk dikenang. Entry ini agak panjang, kalau nk baca, bacalah. Kalau x, klik saje sign (x) di atas tu.
Aku ke sana ketika cuti semester sewaktu aku masih lagi menuntut di Uitm Sri Iskandar. Dugaan yg pertama berlaku sebelum aku berangkat ke sana. Aku perlu hadiri interview perguruan pada hari aku sepatutnya berlepas ke Tanah Suci. Ayah aku cakap, x perlulah ke sana... peluang perguruan ni bukan senang nak dapat. Kalau nak ke Mekah bila-bila pn boleh pegi. Tapi, dlm hati aku... 'bukan mudah nak ke sana kalau bukan dengan seruan dan pilihan Allah'.. Aku iyakan saja apa yang orang lain cakap. Tapi dlm hati, aku selalu berdoa agar ada keajaiban yang berlaku supaya aku boleh ke sana bersama mak, ayah, anis dan kak ana. Allah Maha Besar... beberapa hari sebelum tarikh interview, mak dapat panggilan daripada pihak pengurusan umrah yang tarikh sepatutnya kami berlepas telah ditunda satu hari selepas tarikh asal. Ini bermakna, aku dpt hadiri interview dan aku jugak dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Siapa sangka, takdir Tuhan... hanya kerana doa~!! Sehari selepas hadiri interview, aku terus berangkat ke Tanah Suci..... Mungkin berkat doa ketika di sana juga aku dapat memasuki bidang perguruan ini..
Sebenarnya, keputusan untuk ke sana agak mengejut. Aku seakan belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Namun begitu, aku masih sempat membuat apa yang diminta oleh seorang ustaz sebelum berlepas ke sana. Sucikan hati. Selama dua minggu aku berada di Kota Suci itu. Perjalanan selama 8 jam cukup membuatkan badan aku lenguh segala. Terpisah dengan family ketika di dalam flight cukup menguji kesabaran. Mujur jugak seat aku dekat dengan ayah. Ada sorang makcik yg ddk sebelah aku sepanjang perjalanan tu cite pd aku yg dia dah bnyak kali ke Tanah Suci.. Dia selalu berdoa supaya Allah terus memilih dia untuk menjadi hamba yg terpilih setelah kali pertama dia menjejaki Tanah Suci. Allah Maha Kuasa... Nyata doanya sering dimakbulkan Allah... Bertuah bukan makcik tu..?
Setibanya Saudi Arabia Airlines yang aku naiki mendarat di Jeddah, eh Jeddah ke Madinah ek.. lupe plak.~heee.. mana2 je la.. setibanya di sana, secara automatik perkataan 'Subhanallah' yang mula-mula terpacul daripada mulut. Air mata pn menitik. Ada satu perasaan yang aku sendiri x dpat nk jelaskn di sini. Kalau kau alami, kau akan tahu.
Setelah selesai segala urusan, aku berada di Madinah dahulu beberapa hari untuk melengkapkan umrah dan ziarah ini. Cuaca sangat panas di sana. Tak pernah aku alami cuaca sepanas itu. Panas dan kering. Sesekali berangin. Muka pun putih je. Suci gitu. Aku x alami sebarang masalah sewaktu di Madinah. Kesihatan juga baik. Aku berpeluang beribadat di Raudhah, sebuah tempat yang mulia di Masjid Nabawi. Bukan mudah untuk masuk ke Taman Syurga tersebut. Raudhah ini akan dipindahkan oleh Allah ke surga setelah kiamat kelak, sehingga menjadi sebuah taman surga yang hakiki. Taman Surga yang terbatas itu tak mampu untuk menampung ribuan jemaah yang ingin bersujud dan memanjatkan doa serta salam pada Baginda yang Mulia. Perjuangan menuju Raudhah cukup berat. Berbekalkan doa yang arwah mak ngah bagi sebelum berlepas ke sana, aku baca doa tersebut setiap kali berdepan dengan kesukaran untuk beribadat. Kau bayangkanlah, terlalu ramai manusia dalam tu. Meraung-raung. Meratapi dosa-dosa silam mungkin. Ada juga yang meratapi pemergian baginda. Seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasul, Raudhah letaknya antara rumah dan mimbar makam Rasul SAW. Waktu itu, aku lihat ada kepala manusia yg sedang bersujud dipijak, dilangkah begitu saja tanpa ada rasa bersalah. Mungkin mereka tak perasan. Allah Maha Besar... mungkin berkat doa yg arwah mak ngah bagi tu aku diberi ruang untuk beribadat di situ. Ada seorang hamba Allah yang memberikan aku dan anis ruang untuk menunaikan solat di situ. Yaasin juga dpt dihabiskan. Siapa sangka, dalam keadaan yang sukar macam tu masih ada yang nk membantu. Hebatkan Allah... Kalaulah manusia tahu hadis ini, 'telah berkata Jibril: wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu. Maka Allah menjawab: biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya'." subhanallah..
Dipendekkan cerita, kami berangkat pula ke Mekah setelah beberapa hari berada di Madinah. Sekali lagi, 'Subhanallah' terpacul dari mulut bila kali pertama melihat Kaabah sebenar di depan mata. Air mata juga mengalir tanpa diminta. Kau akan mengerti rasa itu bila kau ditempat aku di saat itu. Tidak seperti di Madinah, aku kurang sihat ketika di Mekah. Demam. Makan x lalu. Ibadat pn x dapat dibuat dengan sempurna. Orang lain solat di masjid, aku hanya solat di bilik hotel. Tak larat sangat2. Ada ketikanya aku gagahkan jugak diri ni berjalan kaki ke Masjidilharam untuk beribadat. Kak Ana yg kurang sihat selama ni pn gagah ketika di Mekah. Tapi aku tidak. Kalah dengan cuaca panas terik di sana. Sehinggakan aku terpaksa ditahan di wad sebuah hospital swasta. Buat pertama kalinya aku masuk wad. Kat Malaysia x pernah pulak masuk wad. Demand sungguh. ~ngee..
Banyak dugaan yg aku alami sepanjang di Tanah Suci. Kerana demam, aku x boleh nak telan makanan. Bau masakan kat luar bilik hotel pn xboleh. Rasa nak terjeluak masa tu jugak. Aku cuma bole makan roti je sepanjang demam tu. Bila kat Mekah seolah-olah terasa diri ini sangat kerdil. Mak, ayah, terasa jauh... masing2 berlumba dengan amalan sendiri. Anis la yg sentiasa bersama aku sepanjang tawaf dan sai'e. Masa tawaf, mak, ayah dan kak ana bawak diri masing2 dalam keramaian manusia. Aku dapat rasakan, begitulah kita bila di hari akhirat kelak. Kau kau dan aku aku. Padang Mahsyar penentuan segala. Masing-masing akan bawa diri sendiri dgn amalan masing-masing. Waktu sai'e pn sama. Kalau x larat, aku berhenti kejap smbil minum air zamzam kat tepi-tepi tu. Pastu sambung balik berjalan dari Safa dan Marwah smpailah selesai rukun umrah tersebut.
Ada satu ketika, sewaktu selesai solat di hadapan Kaabah ada seorang perempuan tua merenung aku. Dia duduk betul2 depan aku dengan seorang perempuan yang lain. Aku tengok dan senyum je la pd dia. Nak bekenalan, cakap Arab pn raksun, ainun, junjumatun, je yang aku tau. Maklumlah, dh bertahun tinggalkan Bahasa Arab sejak tamat belajar di sekolah agama. Makanya, senyum saje lah... Aku nmpak dia bercakap-cakap dengan perempuan tu sambil tengok aku. Lepas tu ntah macam mn tiba2 dia datang dekat aku n cium dahi aku. Aku mcm tersentak kejap, tp buat2 cool. (*_*) Lepas tu, perempuan tua td terus berlalu macam tu je. Bila aku toleh, tengok2 dia dh x de. Mungkin hilang dalam keramaian manusia ketika itu. Termenung kejap dengan kejadian tu.
Hmm.. dugaan seterusya adalah period. Agak terbuka di sini kerana ini adalah normal dan aku hanya ingin berkongsi. Sebelum ke sana, aku dah makan pil untuk tahan period atas arahan doktor. Tapi bila kat sana, ntah mcm mana tinggal lagi beberapa hari je nak blk Malaysia, period pulak dtg. Mujurlah aku dah buat smua rukun umrah. Cuma tawaf wida' je la x dapat buat. Pesanan aku, kalau korang nak ke sana jangan lupa makan pil tahan period tu. Kalau x, rugi je pegi tp x dpt beribadat kat sana.
Hadoiiiii... penat menaip. haha Banyak lagi nak cite, tp cukuplah... x larat dah nak menaip ni. ~hikhik Jom tengok gambar pulak. Tapi gambar x berapa cantik sbb guna kamera kuno lagi tyme tuu... =)
tp aku suruh Anis snap pic aku cepat2 dekat unta berhias tu..
jd, x perlu la bayar...amik gmbar sndiri je..~hee
Ni kat Jabal Rahmah kalau x silap..
Pasar Kurma...
Tak ingat ni kat mn.
Di hotel Madinah...
Laut Merah...
Pasar Kurma...
Tak ingat ni kat mn.
Di hotel Madinah...
Laut Merah...
Masjid Nabawi..
Orang lain smua pegi buat tawaf wida'... Sedih plak dh nk blk.
** Moga aku diberi ruang dan kesempatan untuk ke sana lagi.... Aku nak berubah dan aku akan berubah... Itu yang aku pohon padaNya setiap hari... Tapi aku hanya manusia biasa yang sering alpa dengan keindahan dunia.. Moga Allah ampunkan segala kekhilafan sebelum tertutup pintu taubat...
17 comments:
nak amik gambar ngan unta pon kena byr ke ?
sis iza: ha'a kena bayar.
waaahhh.. bestnye elis dh jejak tanah suci....
teringin sgt nak g sane tp xth la bile...
lea: insyaAllah satu hr nnti.. doa la..
ermmm...seronoknya baca cerita ni..
btul2 terkesan dalam hati...
wani blom ada pluang lagi nak ke sana..
wani: ade juga org bc cite pnjg lebar ni. hihi insyaAllah satu hari nnti dpt ke sn. doa saje lah. =)
bilalah aku dapat peluang pergi sana
minta2 aku ada peluang
amin!
hans: aminnn... doa je la.. aku pn sllu berdoa utk ke sana lagi =)
haii,
salam ziarah.
bestnye bc entri ni.
tringin sgt nk pergi sn.
=)
kenangan yg menarik...seronok bace entry nie...
cik epal: thanx 4 dropping here.
haneem: doa la, moga niat 2 tercapai..
sis zura: hnya sekadar satu perkongsian.
Even kata-kata pun adalah doa...
Sbab tu xelok klua kan kata2 yang burok kan.
Bertuah nye dpt g sane!
:)
ms. independant: betul tu. harap2 dipanjangkan umur, mahu ke sana lagi buat kali ke 2. moga farah pun diberi kesempatan dan rezeki utk ke sana. =)
yeke...mmm..seronok nye i tgk u..
i pon akan g umrah diz coming dis..
plzz pray agr sume nye ok kat sn..ok...
love to read ur blog...visit mine...
dayah aziz: hpe everything will be fine.
Post a Comment