29 January 2010

Apa ada pada lukisan..?

Semalam masa class kaunseling....
Lecturer aku suruh lukis tiga benda sahaja pada sehelai kertas.
RUMAH, ORANG dan POKOK.
Aku lukislah apa yang dia nak.
Walaupun lukisan budak praskolah lagi cantik daripada lukisan aku,
Aku kira ape, lukis je apa yg dia suruh.
Macam stupid je kan kena lukis benda-benda camni.
Tapi sebenarnya TIDAK Stupid ok.
Kerana ini adalah satu ART Therapy.
How to interpret urself.
Melaui lukisan, kita akan tahu apa yang ada di dalam jiwa seorang kanak-kanak.
Kanak-kanak bukanlah seorang yang mampu meluahkan perasaan mereka.
Apa yang dirasai oleh mereka.
Melalui lakaran lukisan mereka, kita akan tahu apa yang tersirat disebaliknya.

Ok, sambung pada hasil lukisan aku.

Lecturer tengok dan renung2.
Dia buat tafsiran terhadap aku. Katanya, aku seorang yang..
Teliti
Kemas
Berstruktur
Sangat gembira (adakalanya tidak)
Dan yang terakhir...
Aku sangat pentingkan dan sayangkan keluarga
Yes, exactly.


Lecturer: Elis, kamu sekarang hidup yang macam mana? Biasa ke sederhana?

Aku: Biasa je.

Lecturer: Nampaknya kamu sangat pentingkan keluarga.
Kamu pentingkan yang macam mana tu?

Aku: Nak susah senang bersama.

Kesimpulannya..
Even kau lukis main ikut suka apa yang terlintas dalam kepala,
Even kau memang tangan macam kayu (macam aku),
Even kau lukis semua benda nampak keras kejong.
Semuanya boleh ditafsir....
Latih anak-anak anda melukis kerana di situ ada sesuatu yang dapat kita cungkil.
Yang tersirat di sebalik jiwa mereka.
Bukan sahaja untuk kanak-kanak.
Kau yang dewasa juga pasti ada tafsiran terhadap apa yang kau lukis.

15 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

dari lukisan semua perkara kite leh tahu...
ye la..
semua tue kan ilmu...

by the way bagus la sikap ko dari ape lukisan ko...
good...
hehehehe...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

1st...
hehehehe...

angah iza said...

dr lukisan pon leh mentafsir hati seseorg?
:)

Zura Tahir said...

klau lukisan kite comot adekah kite nie comot... :D

lemonade said...

meniti senja: mmg smua yg kita hasilkan pd lukisan tu ada makna sebenarnya. aku pn x sedar. aku main lukis je ape yg terlintas ms tu.

lemonade said...

sis iza: yup,betul. sbb tu lah di negara barat banyak gunakan Art Therapy ni pd kanak2.

lemonade said...

sis zura: tengoklah hasil lukisan tu comot yang mcm mana. apa yg dia lukis tu slalunya memberi gambaran situasi dia tika itu.

arboqskii said...

uit...
br pas present terapi nie

min said...

ooo benda nie ea
min pun penah wat waktu sek dulu
lukis bodoh je
tp de maksud tersembunyikan
heheeehee

LEMONADE said...

en.alierostam: sambung bln 5 nanti... hihi

LEMONADE said...

min: hmm....tu la, benda ni biasa tp kdg2 kite x sedar.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

itu la ilmu yg ko dapat yg semua org lain tak belajar...

lemonade said...

meniti senja: mana ade smua orang lain tak belajar... ada je org yg belajar pasal benda2 ni. =)

arboqskii said...

haa..leh smbung lg...waaa
kampus teknik da settle kan sume topik woo...

lemonade said...

en.alierostam:hebat la korang. leh jwb exam dgn bangganya. hikhik

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates