17 January 2010

Tiada daLaM JaNgkaaN.

Dear diary...,
Kamu sedia maklum yang ini merupakan tahun akhir saya sebelum bergelar pendidik. Dengan harapan, tidak hanya terhenti di sini kerana saya juga mahu seperti apa yang sedang dilalui oleh Cinta Lea Ixora sekarang dan juga kamu-kamu yang lain. Makanya, saya sangat sibuk dengan action research yang belum dapat petunjuk nak buat tajuk apa, dengan praktikum yang akan dilalui seminggu lagi dimana dikatakan ada rakan sekuliah yang menjadi benchmark ketika berada di sekolah tersebut, dengan jadual kuliah yang padat, dengan aktiviti itu dan ini....
Awal-awal lagi dah rasa bosan dengan life yang semuanya perlu rushing. Dan mula terfikir-fikir apa yang nak dibuat bila weekend. Semua dah kata 'bosan, bosan dan bosan.' Turutkan kata hati, kami keluar juga menghilangkan kebosanan walaupun duit menjadi halangan bagi pelajar yang sentiasa menantikan kehadiran elaun macam kami. Bila nak masuk ni...~!!!
Hurmm, hari Sabtu adalah aktiviti mencari sekolah untuk praktikum yang telah menyesatkan kami hingga ke Greentown Mall. ahahhaha.. Dan semalam saya telah menghadiri sambutan hari jadi teman sekuliah di McD Ipoh. Selamat Hari Lahir yang ke 23 buat Ainy..
Selepas itu, saya dan teman serumah ke Jusco Ipoh untuk menonton sebuah filem komedi terbaru arahan Ahmad Idham iaitu 'ADNAN SEMPIT'. Gelak memanjang saya tengok cerita ni. Korang pergilah tengok jika berkesempatan. Memang best, gelak guling-guling. hikhik =)

Saya x pernah pn celebrate birthday dengan kek jenama ini. Ahahaa kek pun ada jenama. Teringat pd senior saya sewaktu saya mahu menempah tiket bas "Ko nak tiket bas jenama apa..?" =) Saya jawab "Transnasional".


Birthday girl with 'soulmate'. Sanggup datang dari jauh semata-mata mahu spend time bersama. Wah! Hari Isnin boleh tengok jam tangan baru Ainy pemberian soulmatenya. Moga berkekalan untuk kamu berdua. =)

Ini saja yang mampu saya jamah. Itu pun x habis kerana selain chocolate flavor itu bukanlah kegemaran saya. Terima kasih mengundang ke majlis hari jadi kamu.
Sekian...

13 comments:

arboqskii said...

moga elaun cepat masuk.....aminnnnn

Zura Tahir said...

laaaa...klau elis xmakan asal xbg akak...hehehe..sedap tue...nyum nyum...

angah iza said...

semua orang cerita pasal adnan sempit..
sis lak x tgk2 lg...rasa mcm rugi je..

kek tu wat sis terliur la :P

lemonade said...

en.alierostam: aminnn....

lemonade said...

sis zura: secret recipe sis mmg la sdp.. mkn ckit sbb dh telan prosperity sblm tu. hihi

sis iza: xpe, sempat lagi ni kalau nk tgok. siyes best!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku pon nak tgk adnan sempit tue...
bile la...
huhuhuhu...

LEMONADE said...

meniti senja: bila2 ko free pegilah tgok. siyes best de~!

fara said...

Epi Besday utk die!
Kek ade lagi tak?

:P

LEMONADE said...

ms.independant: dah abesssss.. =)

Cikgu Ije said...

sori. hari tu gedik tukar link. =)
baru posting 3 minggu lepas. ehe.
do keep in touch dear!

jeles nya da tgk adnan sempit.
hari tu tgk tiket.. da lewat.. xdapat nak lyn cite tu.

lemonade said...

ije: pegi la tengok nnti, serous best cite ni. klakar. kena link ije smula ni. hihi

farwalis said...

kek coklat sedap dimakan begitau saja

LEMONADE said...

farwalis: exactly. =)

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates