31 January 2010

Hubungan aku dan dia semakin berakhir....



Assalamualaikum....

Harap kau baik-baik saja walaupun aku tahu kau dah x macam yang aku kenal beberapa tahun lalu. Dah bertahun kita bersama, aku tak sangka macam ni akhirnya perhubungan kita. Buat makluman semua, perhubungan aku dan dia bagai retak menanti belah. Kalau kau fikir hubungan yang macam telur di hujung tanduk pun boleh juga. Sama je maksudnya tu.

Aku pun tak jangka semua ni. Tuhan yang maha mengetahui. Aku fikir kau setia dengan aku. Boleh susah dan senang bersama aku. Sangkaanku meleset sama sekali. Bukan aku mahu mengungkit, tapi aku perlu cakap supaya kau sedar. Aku dah banyak berhabis wang ringgit hanya kerana kau. Setiap tahun, pasti aku korbankan sejumlah wang yang besar hanya untuk kau. Nampaknya, susah untuk kau hargai apa yang telah aku buat. Dah nasib aku agaknya....

Kau tidak selalu ada bila aku perlukan kau, terutama di saat-saat aku dalam kesusahan. Awal-awal dulu kau ok je. Bila dah lama bersama aku, kau dah semakin berubah. Aku fikir mungkin kau dah jemu dengan aku. Walau apa pun, aku harap sangat kau janganlah terlalu jemu sampaikan sikit-sikit nak cari pasal dengan aku. Tolonglah, setahun je lagi. Bagi aku peluang untuk terus bersama kau dalam masa setahun ni je. Lepas tu, kalau kau nak pergi sangat, pergilah.. Mungkin aku pun dah tak tahan nak layan kerenah kau yang ntah apa-apa tu. Aku harap kau tahu yang aku tetap hargai apa yang kau dah buat selama bersama aku walaupun kau taklah sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

Sekali lagi aku mohon, beri aku peluang untuk bersama kau dalam setahun ni je. Jangan menyusahkan hidup aku dan orang yang terdekat dengan aku hanya kerana sikap kau yang kadangkala aku sendiri tak faham apa yang kau mahu daripada aku sebenarnya.



Sekian......~





p/s: Kau dalam cerita di atas adalah laptop dan printer aku. (~_*)



12 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nie lagi satu...
kalau nak ngadu leh serius sket???
jiwang...
buat saspender...
hehehehehe...

angah iza said...

aduh....saspen sungguh...
da berderau bace entry ni tau..
sampai tang bawah tu,rasa nak ketuk2 kepala elis..
hehehehe :P

lemonade said...

meniti senja: hehehehhehehe jiwang cket je..

sis iza: jgn la ketuk2 sis, sekali sekala wat gimik. ehehehe =)

fara said...

Huhu.
penoh emosi frh bace taw...
igtkan gado ngan kwn ke pe...
rupenye printer + laptop...
Hahaha

:D

LEMONADE said...

farah: =) taip ni pun ms tengah emosi. hihi

Cahaya Pejuang said...

haha! senget~~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sket ape...
aku hampir tertipu...

LEMONADE said...

cahaya pejuang: hehehehe (~_*)

LEMONADE said...

meniti senja: sekali sekala bt entry camni best gak kan. hikhik

cintaleaixora said...

hahahaha...ingtkan ape la.. kuikui

lemonade said...

lea: saspennnnnn. =)

arboqskii said...

sedih kisah ini..terharu saya..haha

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates