20 October 2010

ADAM dan MAYA. Semuanya berakhir di situ.

Sis Hernyzar, thanx untuk award ni. Tapi saya tak beautiful pun. Saya biasa-biasa je. Beliau juga adalah B2B like me! heh!





Hari ni adalah kisah ADAM dan MAYA. Korang ingat tak yang aku mention pasal Adam aku tu? Sekarang game Adam Maya tu dah berakhir ketika di Pangkor. Selama 4 hari aku berutus surat dengan 'ADAM. 'ADAM' pulak tidak mengenali aku si pengutus surat setiap hari untuknya. Ha... ni la 'ADAM' yang terima 5 pucuk surat daripada aku termasuk surat terkahir yang di 'reveal' siapa diri aku sebenarnya pada malam PEMBUKA RAHSIA.

Mohd Danial Omar. Beliau 'ADAM' aku tapi aku bukan 'MAYA' beliau. 

Mohd Azam Aziz yang aku sangkakan 'ADAM' aku yang sebenar hanyalah sandiwara belaka. Hampeh betul Azam. Mati-mati aku fikir dia 'ADAM' yang utus surat untuk aku hari-hari. Ternyata telahan aku silap kali ni. Pandai ye kamu menyimpan rahsia.
Dan sebenarnya... inilah 'ADAM' aku si pengutus surat itu. Nama glamour beliau EG. Aku adalah 'MAYA' kepada beliau selama 4 hari.

Surat pertama dari ADAM... katanya sepanjang 5 tahun setengah dia mengenali aku, aku seorang yang happy dan cepat lapar. haha Memang betul pun, aku boleh dikira penyelamat untuk rakan-rakan sekelas selama ni. Bila aku lapar, selamber je aku bagitahu lecturer yang aku lapar, nak rehat, nak makan. So, kawan-kawan lain semua dapat rehat, dapat makan. Kalau tak, lecture punya la meleret-leret sampai kadang-kadang muka aku berubah muncung macam cencorot sebab tahan lapar. Sampaikan ada lecturer yang  dah tahu aku ni cepat lapar. haha! Bila tengok muka aku lain je, maka cepat-cepat la bagi keluar rehat dan makan. Bagus kan aku? hikhik

Dalam surat ketiga ADAM, katanya aku juga mempunyai sifat buruk. ADAM kata aku kuat ketawa sampai bergegar kelas. haha! Memang aku suka ketawa pun. Tapi kadangkala ketawa tu menyembunyikan sesuatu yang tak terlahir untuk dipamerkan.


** 30 hari lagi..... dan semuanya akan berakhir..

12 comments:

AiSyAh HuMaIrAh said...

Rindunya kenangan kita bersama.. Sedih nak berpisah.. Huhuhu

lemonade said...

tikah: aku pun tik. rasa mcm nak terus belajar sama-sama. berapa hari je tinggal. :(

anaztasias einz said...

zaman belajar akan sentiasa dirindui =)

lemonade said...

anaz: sememangnya. belajar lagi seronok drpd kerja. huhu

mier@merr said...

kacak kacak..haha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

penangan cerita adam maya...

lemonade said...

miera: berkenan yg mana satu? hahaha

lemonade said...

meniti senja: tgok, cite adamaya pn blh dibuat game. :)

fara said...

ruginye tak sekelas ngan elis.
bole dpt break utk mkn!
hehe

h e r n y z a r said...

best lak game adam maya ni. hehe. zaman belajar yg penuh keriangan ;)

lemonade said...

fara: hahahaha fara kalau satu tmpt keje dgn sy pun sy blh mintak break utk mkn kot. heee

lemonade said...

sis hernyzar: betul2. excited nk tau sape adam kita sampai tersalah teka. haha

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates