25 October 2010

KESAYANGAN SAYA!!

Hye korang!! 
Sihat tak semua? Excited ni tau update blog sesudah subuh. Nak sambung tido tapi takut tak murah rezeki. hee.. Ok, akibat kerinduan pada 5 orang kesayangan yang noty, maka terupload wajah-wajah mereka di sini. Ish, rindu gila kot kat diorang. Ni semua anak buah aku. Tahun depan start kerja dah kena prepare duit raya untuk 5 orang bak hang! Tapi takpe, rezeki budak-budak jangan disekat.  
Fresh from HEAVEN.. Muhammad Siraj Ar-Rayyan.. baru sekali je dapat pegang dia.. Tak sabar nak balik, nak lambung-lambung sampai atas bumbung. Nak ajar Rayyan main FUTSAL dengan hebatnya. weee

Dania Adrianna yang dulunya gebu, montok segala. Peluk ketat-ketat macam teddy bear pun sedap. Sekarang dah Year 2, kurus kerempeng nampak tulang segala. Tapi mata dia tetap cantik macam mata burung hantu, bulat. haha!

Ni masa birthday parti Danisya Humaira yang ke 5 tahun masa Eid Mubarak yang lepas. Muka macam anak jepun. Ganas kesayangan aku yang sorang ni. Macam tomboy. Tak suka pakai baju kurung tapi harta benda semua nak kaler pink. Sama macam teh dia. Penyakit keturunan gamaknya. haha
Dalam bilik air pun nak posing. Muhammad Danial Hakimi yang makin kurus kering sama macam Dania. Mereka sebaya tapi bukan kembar. Kuat main, tak kuat makan. Suka coklat. Kuat menangis sampai nak terkeluar anak tekak kalau dia melalak. Tapi sekarang dah besar, dah handsome, so tak menangis lagi. Kalau tak, awek pun lari kann.. kannn.. huhu
Ni kesayangan yang dulunya baik sangat-sangat macam alim ulamak tapi sekarang nakal tak hengat akibat pengaruh media elektronik agaknya. Darwisy Altaf. Suka menyanyi macam Dania. Terlampau obses dengan Ultraman dan KFC..

Aku sayang mereka semua ni. Sayang sangat. Nakal macam mana pun, biasalah tu. Kecik lagi. Tak boleh berfikir logik lagi. Cuma aku sedikit risau dengan pembesaran mereka di zaman ni. Risau dengan keadaan sekarang. Aku dah berpengalaman ke sekolah sebelum ni, jadi aku tahu persekitaran sekolah budak zaman sekarang dengan zaman aku dulu yang jauh bezanya. Menakutkan adakalanya. Attitude budak yang pelik-pelik. Aku rasa bila aku dah start mengajar nanti, aku nak anak buah aku semua ni biar sekolah dengan aku. Boleh aku tengok makan ke tak diorang ni kat sekolah, kena buli ke tidak, belajar ke tak diorang ni, ada cikgu pukul ke tak. Tapi mustahil lah semua tu sebab diorang ada parents sendiri. haha!


Tak lama lagi boleh jumpa kesayangan aku semuanya. Boleh menggila dengan mereka. Bak kata Dania "Teh ni macam kanak-kanak lah".

8 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ade ke nak lambung2...
ko ingat bola kew...
hehehe...

lemonade said...

meniti senja: alah, bukan nk lambung betul2 pn. aku pn x larat nk melambungnya. haha

nurain said...

betul2..suka sangat budak2..sebab dorang tak menipu, dan cane mereka buat pon, kite leh maafkan, sebab they're kids.lalala

lemonade said...

ain: tau tape. nak2 yg drh daging sendiri. hehe syg sgt.

AiSyAh HuMaIrAh said...

Comeinya 'anak2' hang.. Opsss tersilap lak, 'anak2 sedara' hang.. I like budak2 jugak..

lemonade said...

tikah: comel mcm teh dia. hahaha

maCy said...

maksu datanggggg!

sowi meyh da bz2 exam ta jenguk2.. huhu


alolo siray yayang ;D

lemonade said...

macy: maksu ni mengado lah. haha!

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates