03 March 2010

Ini penting tahu..??

Ini berita untuk guru-guru yang bakal posting tahun depan macam aku. Rasa macam nak kawenlah cuti sekolah bulan 3 ni. huahuahua sape nak masuk meminang, silekan. kahkahkah =p Tapi kan, posting form dah hantar.. kawen awal pun x guna, dh terlambat. *sigh*

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.


12 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hahahaha...
selamat menjadi org asli...
hehehehe...

lemonade said...

meniti senja: weh apasal plak aku nk kena jadi org asli..?? melayu dulu, kini dan selamanye ok. =p

zh-ena said...

pengalaman berharga tu klu mengajar dipendalamn

miszgarfien said...

ayoooyooo...hbs la kena hntr jauh kat pendalaman nnt....cepat2 khwn..nnt ade alasan ikt suami...hehe

aieOreo said...

hehehe..selamat diposting :P

angah iza said...

hahah...kejam komen meniti senja

:P

LEMONADE said...

sis ena: betul2 tapi kalau terseksa fizikal n mental pulak mcm mana tu..? wahahaha i mcm x sanggup berkorban je.. =p

LEMONADE said...

ein: dh terlambat la ein.. posting dh anta..

LEMONADE said...

Oreo: selamat! selamat! hehe

LEMONADE said...

sis iza: meniti senja mmg camtu. kejam gilerrr.. =p

Rashid said...

Cepat kawennn.. janji semenanjung. hehe (itu sesetengah orang bagi idea).

LEMONADE said...

CR: dh terlambt la cikgu.. postg form dh isi.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates