09 March 2010

Orang Perempuan MESTi perlu ada simpanan sendiri.


Sekarang ni semua orang berlumba-lumba cari duit. Berebut-rebut nak cepat kaya. Join macam-macam skim. Paling jelas aku nampak sekarang MLM. Memang orang akan cepat terpengaruh. Aku juga pernah terpengaruh dengan MLM ni. Siap pergi dengar seminar bagai. Rasa nak gelak pun ada. Tapi hampeh... Sape tak nak banyak duit kan? Tapi kalau kau malas dan tak tahu nak berurusan macam aku, aku rasa kau memang tak dialu-alukan join benda-benda macam ni. Buang masa, buang duit. Penat je yang dapat.

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan tentang MLM. Tapi tentang simpanan kita untuk masa depan. Especially kaum perempuan. Seriously masa aku di zaman sekolah dulu-dulu memang aku tak ambil kisah pasal simpanan. Seingat aku, dulu aku menabung masa aku prasekolah je. Itu pun cikgu yang suruh.

Bila dah masuk IPGM, baru aku sedar yang aku perlu ada simpanan sendiri. Sejak 4 tahun lalu, aku dah mula belajar menyimpan. Even tak banyak tapi adalah jugak walaupun sikit. Aku melabur dalam Public Mutual. ASB tu tak yah cakaplah. Memang simpanan wajib. Kadang-kadang aku hadkan perbelanjaan aku supaya aku mesti ada simpanan. MESTI. Sebab aku fikir, kalau aku tak mulakan sekarang, susah nanti. Hidup kita tak selalu indah macam yang kau sangka. Adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Sampai sekarang, lepas balik sekolah, mesti aku sumbat segala coin yang ada dlm tabung. Nampak macam budak-budak kan? Tapi kau tak tahu, aku seorang pemikir masa depan yang aktif. =) Serious, aku selalu fikir pasal masa depan.

Secara logiknya aku fikir, andaikata tiba-tiba parents aku pergi, siapa nak tanggung hidup aku..? Perkara macam ni bukan kita minta. Tapi secara fitrahnya begitu. Kita tak tahu apa perancangan Tuhan. Maka, kau kena bersedia.

Dan andaikata, aku berkahwin. Tiba-tiba suami aku pergi dulu. Tak pun, laki aku cari betina lain. Ha, menjanda la jawabnya. Tak jadi janda pun, siksa jiwa raga ohh. Kalau kau banyak duit, kau blah je. Tak payah nak buat kesian. Kalau pompuan macam aku ni memang tak layak nak dapat payung emas kot. Sebab tu kau sebagai perempuan jangan banyak mengharap pada lelaki. Kalau selama ni kau hanya bergantung hidup pada laki kau je. Bila dah kena tinggal takkan kau nak bergantung hidup pada orang lain pulak..? Nak minta belas ihsan orang lain? Oh, kalau akulah tidak sama sekali. I will survive. Kita hidup ni jangan suka meminta-minta. Tapi kalau terpaksa, kau tak punya kudrat itu lainlah.

Orang selalu kata perempuan ni kaum yang lemah. Kau tengoklah masyarakat sekarang. Tapi bukan semua ya! Bila suami dah tak de, anak-anak hidup melarat. Beri anak pada orang lain sebab tak mampu nak tanggung darah daging sendiri. Sedih betul. Kalau ada simpanan kan tak jadi masalah. Cammon la. Kau perempuan mesti kena ada kekuatan dalam diri. Mungkin kau kata "kau tak kena, boleh la cakap macam tu". Pada aku, kau kena positive. Kalau kau lemah, memang kau tak boleh survive.




p/s: Aku nak hidup senang. Demand. Suka pada benda-benda branded. Buat masa ni banyak benda yang aku nak tapi tak dapat. Sebab tu aku menyimpan. hoho!

20 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ye...
memang byk ko nak...
ko nak myvi 1.5 tue...
ko nak ini..
ko nak itu...
hahahaha...

aku doa rezeki ko murah la elis...

lemonade said...

meniti senja: betul2. aku memang banyak impian. hahaha terima ksh sbb doakan aku.

Pacinggo said...

aik?? hidup senang nak kene ade brg branded ke??? kite hidup ni senang ble kite xde hutang..x kesah la loan bank ke ape ke...worst case..ALong...mmg wa x tolong..hahahaha

lemonade said...

pacinggo: bukan camtu maksdunya. maksudnya senang tanpa ada apa2 perkara yang boleh menyekat keinginan untuk dapatkan sesuatu. ade pahemmm..?

ohmywtf said...

yeah..i do agree that MLM is not going to work for everybody...unless ur one of the pioneer...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mesti la doakan...
sebab aku ingat janji ko semalam kat aku...
hehehehehe...

deqyalalink said...

disebabkan terlampau boros, maka tak de simpanan yg banyak gila..dlm setaun adela menabung seratus hengget :( tu pon sume duet syiling ehhe

angah iza said...

zaman sekarang semua nye duit...
tol la kata elis tu..
andai la,1 hari suami tetiba 'tinggalkan kite'
x de la kite terkontang kanting :)

..::..ein..::.. said...

sikit2 lama2 jadi bukit...klo kt wat saving yg teratur, insyaallah kt akn senang di kemudian hari...ape yg kamu pk kan tu, sgt2 btl2...kena pandang ke depan...


*bila la nak dpt keje ni..dlm kepala mcm2 nak beli..aduuhh

lemonade said...

ohmywtf: MLM is juz for ones who hv gd effort in everything they do.

lemonade said...

meniti senja: aku janji apa ek smalam? hahaha

lemonade said...

deqyalalink: kite student lagi mmglah mcm tu. kalau dh kerja nnti mesti kena ada simpanan tetap.

lemonade said...

sis: beringat sesama manusia sis. =)

lemonade said...

ein: ade jugak penyokong. thumbs up! simpan ckit2 pun xpe, yg penting ada. =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko kaye ko nak "sedekah" kat aku....
hahahahaha...

lemonade said...

meniti senja: 'kalau' hahaha. kalau 50sen pn kira sedekah la kan? =)

Fathiyah said...

simpan duit byk2 utk kawen.hehe =)

lemonade said...

kak fathiyah: yeah! kawin 1st. hahaha gedik gile. =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hina sgt aku 50sen je...
hahahaha...

lemonade said...

meniti senja: bukanlah hina. rezeki tu beb!

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates