08 March 2010

Aku TERINGIN nak guna MelaCep Whitening System Mary Kay .

Kosmetik..? Memang sinonim dengan kaum wanita, perempuan dan gadis macam aku. Kau perempuan kan? Mustahil kau tak nak cantik kot. Mana-mana perempuan yang tak nak cantik, tak perlu baca entry aku ni. hoh! ganas perempuan ni. hahaha.. Mana-mana lelaki yang ada teman istimewa macam Meniti Senja patut baca ni. Famous kau disebut-sebut kat blog aku. hoho! Tapi tak pe, kau ada girlfriend kan? Takkan kau tak nak girlfriend kau nampak cantik kot. Hahahaha... Mari teruskan bacaan anda..

Actually, aku selalu google pasal produk kecantikan yang bagus untuk kulit gadis macam kita-kita ni which means kulit orang Asia. Aku terjumpa set MelaCep Whitening Mary Kay. Ramai orang kata bagus. Aku pun nak try jugak. Walaupun kita semua pasti menempuh hari tua tapi AKU TAK NAK TUA awal dari waktunya!! Buat masa ni, aku sekadar mampu pasang niat dan impian. Next year kalau masih bernyawa dan ada rezeki, aku MESTI beli set ni. Aku tak kire! Kalau aku cakap aku nak sesuatu, aku mesti dapatkan jugak one day. Dan salah satu wishlist aku di sidebar itu telah tercapai. A million thanx to my Kak Ngah kerana Si Pinky Sony Vaio itu. Kalau nak baca entry impian aku pasal Sony Vaio boleh klik sini. Dan di saat ini ,Si Pinky Sony Vaio itu telah menjadi milik aku. Nak tengok? Next week ok. Pasal aku pun belum tengok lagi harta kesayangan aku tu. Juz dpt tengok thru fon je.

Ok, berbalik kepada kosmetik di atas. Memang aku tak nafikan produk ni bagus sebab tak mengandungi hidrokuinon seperti kebanyakan local product yang boleh menyebabkan pelbagai implikasi pada kulit. MelaCep Whitening System menggunakan bahan alam semulajadi yang terbaik untuk kulit. Kalau nak info lebih lanjut boleh google sendiri atau klik sini.

Mari lihat apa yang ada dalam Set MelaCep Whitening System ni beserta harganya:
  • FOAMING CLEANSER RM120 (100g) - Formula berkrim ini bercampur dengan air untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut
  • FRESHENER/PELEMBAB RM120(100ml)- Melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit berasa segar dan lembut
  • ESSENCE RM230(30ml) - Serum yg cepat menyerap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit. Pembungkusan inovatif memastikan formula yg mengandungi askorbil glukosida berada dlm keadaan sifar udara bagi mengekalkan keberkesanannya.
  • DAY MOISTURIZER WITH SPF 15 RM170(30ml) - Melindungi kulit yg terdedah kepada UV pd siang hari dgn formula pelembapan. Potensi formula yg mengandungi askorbil glukosida utk faedah pemutihan dikekalkan dlm pam sifar udara
  • NIGHT CREAM RM170(30g) -Manjakan kulit anda dgn krim mewah ini ketika tidur. Formula yg mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan semasa kulit anda memerlukannya utk memulih dan membaharui diri
  • DARK SPOT SERUM RM170(10ml) - Pembungkusan dgn bebuli penggelek memudahkan pemakaian serum jernih secara langsung pd bintik hitam akan oudar jika di pakai berterusan. Formula yg amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida
  • MASK RM160(85g) - Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin
Total for one set = RM1140. Kau mampu? Aku belum keje lagi, tak mampulah. Memang produk ni mahal tapi kulit kita perlukan KUALITI. Tapi aku pernah terbaca, katanya cleanser produk ni boleh tahan sampai 6-7 bulan. Lama jugak. berbaloilah kalau harga macam tu tp depends on berapa kerap dan berapa banyak kau gunalah. Kalau setiap jam kerja kau asyik nak cuci muka dengan cleanser je, alamatnya sehari je boleh habis. =)


Mari-mari lihat pula apa faedahnya:
  • Untuk menampilkan kulit yang lebih cerah
  • Mengurangkan tompok hitam dan membalikkan penyahwarnaan kulit
  • Mengandungi penghalang matahari, antioksida , ramuan pemutihan, dan penganjalkan kulit.
  • Amat sesuai untuk mereka yang menginginkan kulit yang cantik, cerah dan berseri.

Sekian saje kisah impian aku kali ini. Berjumpa lagi di impian yang lain di hari dan waktu yang lain. Salam satu Malaysia. (~_*)



14 comments:

angah iza said...

teramat la mahal :(

setia pada safi rania gold je....

fizamior said...

nnt dh keje try kay...lps tu review kat akak.. hehehe...:D

LEMONADE said...

sis iza: mahu ini jugak~!

LEMONADE said...

sis fizamior: ok kak. insyaAllah. =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

wwaaaaa...
aku dah popular...
hahahahaha...

iza...
nak cantek jgn berkira la...
hahahahaha...

lemonade said...

meniti senja: maka, ko kena belanje aku makan! ikut kemampuan la beb. =p

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hahahaha....
makan ape ko nak???
nanti aku trun epoh...
ko cakap je nak makan mane...
hahahaha...

kemampuan???
ye gak...
hehehehe...

lemonade said...

meniti senja: ok set! aku bawak kwn sekali. ko blanje kwn2 aku sekali yek. =)

arboqskii said...

waaa.....berseri2 la kt skola nie..haha

lemonade said...

en.alierostam: x lah. x mampu lagi nak beli ms ni.

ohmywtf said...

no need to use skincare products one...just apply honey and pearl powder will do. :)

lemonade said...

ohmywtf: honey..?? not comfortable with that. sticky. =p

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kenape tak nak kate bwk jiran satu taman???
ke satu daerah ipoh ke???
negeri perak???
hahahahaha...

lemonade said...

meniti senja: riak sungguh. nak bawak satu daerah aku x kenal ramai org. aku bawak sekelas ok x? huahuahua

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates