07 March 2010

Perodua MyVi 1.5 2011...!!! SE wajah baru Jun 2010..?? Aku Mahu!!


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.

Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

"Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar," katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.


p/s: Tak dapat Lancer buat masa ni, dapat Myvi SE pun ok. MyVi 1.5 laju tu beb drpd MyVi 1.3! (",)

10 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hehehehe...
1.5 laju eh???

















































laju la



































































buat ko

























































elis oiii....
hehehehe...

LEMONADE said...

meniti senja: laju la daripada Myvi 1.3 sebelum ni.. tambah2 laju daripada Viva yang lembab. huahuahua

angah iza said...

meniti senja ni da tersampuk ngan alvin ar..
tgk ar cara dia komen tu..
kemain panjang ruang kosong nye !!!!!!

kete tu mcm menarik...nak beli....
tp x de duit :(

LEMONADE said...

sis iza: tu la pasal. dh kena sampuk la tu. bukan main lagi komen panjang berjela space. hoho! tp nk tengok design dlu menarik ke x. sekarang ni duet sndiri x de, duet parents ade la. hahahaha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ye la...
laju la gak...

[iza] aku tersampuk ngan abg aku....














































ape ko,











































kesah...
hahahaha...

LEMONADE said...

meniti senja: ish ko ni. pelik mcm alvin jugak.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kate














































adik













































beradik...
hehehehe...

LEMONADE said...

meniti senja: aku x kate. ko yg kate. =p

AIMAN afzAM said...

lagu ap ek nehh?

aku suke kamu said...

ape la korg..keta mlysia..mest la ok..kalo x,xkan la org2 kerajaan pkai..yeke diorg pkai..tgok diorg yg ade keta luar je..tu pn utk urusan rsmi je gune ea?

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates