29 March 2010

Saya Tahu... Tapi Awak...??

Saya tahu saya tak famous.
Saya tahu tak ramai yang nak komen entry merepek saya.
Saya tahu tak ramai yang sudi nak datang jenguk blog saya.
Saya tahu ramai yang datang dan berlalu begitu saja.
Saya tahu saya tak punya ramai kawan rapat di dunia blog.
Saya tahu saya tak secantik gadis blogger yang lain .
Saya tahu pakaian saya tak sekacak blogger yang macho.
Saya tahu saya tak punya DSLR camera untuk letak gambar cantik-cantik dalam blog.
Saya tahu awak bukan suka sangat baca entry-entry saya.
Saya tahu awak ingat saya tak baca entry-entry awak. Padahal bila kelapangan saya mesti baca.
Saya tahu walaupun dah bertahun saya blogging saya masih tidak hebat.
Saya bukan mahu hebat-hebat di sini.
Saya hanya mahu berkongsi rasa.
Awak tahu tak, bila saya menulis di sini akan ada satu kepuasan yang saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana.
Awak tahu tak, walaupun saya selalu sibuk dengan tugas tapi saya tetap mahu update di sini.
Awak tahu tak, kebiasaannya saya hanya mengambil masa tak sampai 10 minit pun bila menaip entry-entry baru.
Sebab tu kadang-kadang ayat saya berterabur.
Saya tak macam awak, simpan baik-baik dalam draft, baca 10 kali kemudian baru publish.
Saya buat semua ini spontan.
Saya taip apa yang saya nak taip.
Saya taip ikut apa kata hati.
Mungkin sebab penulisan saya tidak berapa bagus kerana banyak cincainya, maka awak tak berminat untuk ke sini lagi.
Tapi, saya tak kisah. Yang penting saya perlu menulis. Menulis di sini adalah terapi bagi saya.
Lagi saya tak kisah sebab earnings saya selalu naik mendadak tanpa di sangka seperti hari ini.
Walaupun awak tak datang.
Walaupun awak tak klik.
Saya cuma nak awak tahu saya bahagia bila hari Isnin. hikhik (^_^)


Sekian... !

24 comments:

Anonymous said...

apakah~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko nie merapu ape???
nie mesti kes minggu lepas nie membawa kesan ke atas sistem otak ko nie...
hehehehe...

lemontree said...

wei ptt la aku pun gembira ari ni rupanya twin pn gumbira hehehe

LEMONADE said...

maCy: nanti jumpa i story. hehe

LEMONADE said...

meniti senja: actly, point yang aku nak cakap ada sebelum baris-baris akhir. hahahah

LEMONADE said...

lemontree: ko gembira sbb ape bro?

arboqskii said...

best ke isnin?..hehe

lemontree said...

gmbira sbb hg gmbira la

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku nampak...
ko nak kias kat sape nie???
hehehehe...

LEMONADE said...

en.alierostam: best! earnings naik. hehe

LEMONADE said...

lemontree: thank you bro! hidup twin! haha

LEMONADE said...

meniti senja: ntah, aku main tulis je. hahahaha

zai said...

cewahhh, xglemer ke blog ne, tuan empunya blog ne xlawa ker, jgn xngaku..ngaku cpt..

HARIS INDERA said...

cantik gambar yang kat atas sekali tu....indah...sy suka gambar tu....nice...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko memang...
walau ko maen tulis itu la yg ko rasekan...
trus tulis tanpa tapis...

LEMONADE said...

zaizax: x nak ngaku nnti org kata perasan. hahaha

LEMONADE said...

haris indera: owh gmbr kat header tu. hmm, thanx.

LEMONADE said...

meniti senja: ha, tau xpe.. tulis sesedap rasa. hihi kdg2 aku bertapis gak. bila bermadah tu maksudnya aku bertapislah. hehehehe

Anonymous said...

apappaapapapakah inih???

keh3x

sesekali mengada takpe gak kan beb
aku pon slalu wat cmni

HAHAHAHHAHHAHA

LEMONADE said...

jane: ini adalah entry hepi sbb nuffnang naik mendadak hari ni. yang atas2 tu intronya. ini bukan entry mengade. ini entry lahir dr hati. huhu

Elya Roza said...

dptt nufnangg kaa???congrats!!!~:D

Anonymous said...

awk cntik...awk hebat...awk femes dan awak...dan awak...bla2...

lemonade said...

elyaelmo: hihi as usual.. alhamdulillah.

lemonade said...

anon: ohh tdk sm sekali.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates