27 March 2010

Tak Leh Blah Dengan Geng Bulu...!! eeeeuwwww =p

Pagi tadi ada pertandingan Tilawah Al-Quran kat sekolah. Aku jadi penjaga masa untuk tilawah murid perempuan. Ramailah murid-murid, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dari sekolah lain yang datang. Cuma aku je bukan golongan ustazah.. Tak layak kot. hihi

Kau tahu tak aku ni penggeli kucing? Aku ni geli kucing memang tahap gaban la senang cakap. Ada ke patut masa peserta kedua terakhir tengah baca, tiba-tiba ada sekor anak kucing kaler hitam mencicit-cicit lari menuju ke kaki aku. eeeeuwwww.. terangkat-angkat kaki aku. Dah la aku duduk setentang dengan hakim-hakim merangkap ustaz-ustaz yang semuanya lelaki. Malu i tau. Kalau ada ustaz yang handsome lagi la i malu. (^_*) Tapi mujur anak kucing tu melencong ke lain. Kalau tak, mesti semua mata tertumpu pada aku. hiksss =)

Kau tahu, kalau aku pergi kedai makan yang ada kucing, sure kaki aku bawak naik atas kerusi. Bersila. Aku kira apa orang cakap aku macam budak-budak ke, sewel ke, yang penting kaki aku selamat tak terkena anggota badan kucing. Paling aku risau kalau ada kucing yang suka lompat-lompat kat peha kita bila tengah makan. eeeee.. tak leh blah. Tapi mujur aku tak pernah kena dengan kucing yang peel udoh macam tu. Mengganggu ketenteraman awam sungguh kan? Kadang-kadang bila aku geram sangat kan, aku cakap je pada owner kedai makan tu suruh dia alihkan kucing tu jauh-jauh.

Aku tahula kucing tu binatang kesayangan Nabi. Comel pulak tu. Tapi dah memang aku geli dengan haiwan yang berbulu, nak buat macam mana kan. Ha, kalau ular, cacing, pacat dan yang seumpama dengannya, aku tak geli. Siap boleh belai-belai lagi. haksss. =) Kalau kucing, arnab, dan geng-geng bulu yang lain. Memang ceq tak leh blah baq hang! eeeeeuwwww. =p


p/s: Tadi kan aku buat sesuatu yang tak berapa bagus. Tak boleh ceritalah kat sini. hahaha Jahat gila aku. Tapi terpaksa la. Assignment banyak. =) Nanti kena mintak maaf dengan orang tu. Ampun. ampun. hihi


16 comments:

deqyalalink said...

hahaha..kalau deqya lak, if ade kucing menyebok kat kaki, deqya terus ambik tak kisahla kucing tu comot ke x :)

lemonade said...

deqyalalink: amik x kisah camno 2 ek?

koru said...

eish2..kucing tu baru nak memanja XD..lain kali kalau kucing kejar..lari jauh2 XD

lemonade said...

koru: malu la nak lari-lari.

Syafiq Kadiran said...

baru2 ni ade kucin cute datang umah...
kucin tu lapar...
bagi la makan udang, sotong ngn ayam...
bagi tido ngn selimot lagi...
bgn tido tk2, kucin tu tinggal kn bekas dia atas beg.. wargh!!!!!
patot la aku tido bau semacam...
caples nyer kucin cute...

ARC™ said...

kucing bukan bagus pon. byk kuman. kalo die gigit kaki kite, bole cacat tau

lemonade said...

syafiq: hahaha kcucing x berakal nk menghargai apa yg kita dh buat baik pada dia. tu la bezanya manusia dgn haiwan. =)

lemonade said...

ARC: betul2. kutu babi pn bnyak. eeeuwwwww.

Natasha said...

ni kes curi assigment ker neh dan meniru??hakhakhak

lemonade said...

sis natasha: bukan sis, tp kes kat skolah..

en.alierostam said...

..huhu..seb baek x de rimau...kalau x mcm mana eh/..da siap ke rpH....esok skola saya exam...maka tiada P&P untuk seminggu...yayayayayaaaayyy..hehe

lemonade said...

en.alierostam: blm siap. tp bhn dh ade ckit. esok observe kot. tngah siapkan proposal ni. esok nk submit. =)

lemontree said...

wei jgn tkut benda brbulu..jgn layan beranikn dri mytwin

lemonade said...

lemontree: eeee, aku mmg geli binatang berbulu la.. x leh buat ape.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ape kah benda jahat telah ko lakukan....
hahahaha...
benda manusia lain geli ko tak geli...
benda manusia lain suka ko geli...
ko nie btol² alien la elis...
hahahaha...

lemonade said...

meniti senja: hahaha ade la rahsie... ntah, aku pun pelik wei. hihi

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates